Lirik Lagu Fynn Jamal - Arjuna Beta

Lirik Lagu Fynn Jamal - Arjuna Beta.

Takkan kubiarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

‘kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda


Lirik Lagu Fynn Jamal, Lainnya




Untuk mencari chord lagu terbaru silahkan buka website Chordlagu.id, situs kunci gitar dan lirik lagu terbesar dan terlengkap di indonesia.